Tuesday 19 April 2011

boys vs girls about friendship

laki ngan pempuan boleh berkawan baik, tapi jarang berlaku..sebab kebanyakannya berakhir ngan cinta.Tp one thing that I've always bear in mind,,nawaitu kene betul,,,kalo dah set nk kawan,,kawan je la,,xperlu la nk ade feeling2,,,tp biase la,,manusia,,susah nk cakap,,kadang2 ckp nk kawn je,,pastu hati dah suke plak,,,senang cite,,,kene pro la dlm hal ni..distinguish between friendship n feeling.
we control our own feeling, emotion and desire... every things happen 4 a reason :D. ya we can be just friends... its up to you too decide :D.

Thursday 14 April 2011

rahsia warna

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.


Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan>sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan
itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

ciri wanita solehah

1. Taat kepada Allah dan Rasul.
2. Menjaga maruah dirinya.
3. Mempunyai sifat malu.
4. Taat kepada suaminya.
5. Mempunyai kesabaran yang tinggi.
6. Tabah dan mengharapkan gajaran dari Allah dan bukannya dari manusia.


Thursday 7 April 2011

ciri2 wanita diminati lelaki

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkit

Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas

Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno

Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

Wednesday 6 April 2011

mengatasi perasaan marah

♥Rasakan Yang Orang Lain Rasakan
Cobalah bayangkan apabila kita marah kepada orang lain. Nah, sekarang tukar posisi di mana anda menjadi korban yang dimarahi. Bagaimana kira-kira rasanya dimarahi. Kalau kemarahan sifatnya mendidik dan membangun mungkin ada manfaatnya, namun jika marah membabi buta tentu jelas anda akan cengar-cengir sendiri.

♥Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan asri seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan lain sebagainya mungkin tempat yang cocok bagi anda. Jika emosi agak memuncak mingkin rekreasi untuk penyegaran diri sangat dibutuhkan.

♥Mencari Kesibukan Yang Disukai
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi kemarahan kita memuncak kita butuh sesuatu yang mengalihkan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan dan dapat membuat kita lupa akan masalah yang dihadapi. Contoh seperti mendengarkan musik, main ps2 winning eleven, bermain gitar atau alat musik lainnya, membaca buku, chating, chayang-chayangan dengan kekasih pujaan hati, menulis artikel, nonton film box office, dan lain sebagainya. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok, make narkoba, dan lain sebagainya.

♥Curahan Hati / Curhat Pada Orang Lain Yang Bisa Dipercaya
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin dapat sedikit banyak membantu mengurangi beban yang ada di hati. Jangan curhat pada orang yang tidak kita percayai untuk mencegah curhatan pribadi kita disebar kepada orang lain yang tidak kita inginkan. Bercurhatlah pada sahabat, pacar / kekasih, isteri, orang tua, saudara, kakek nenek, paman bibi, dan lain sebagainya.

♥Mencari Penyebab Dan Mencari Solusi
Ketika pikiran anda mulai tenang, cobalah untuk mencari sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan gunakan secarik kertas kosong dan sebatang pulpen untuk menulis daftar masalah yang anda hadapi dan apa saja kira-kira jalan keluar atau solusi masalah tersebut. Pilih jalan keluar terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah yang ada. Mungkin itu semua akan secara signifikan mengurangi beban pikiran anda.

♥Ingin Menjadi Orang Baik
Orang baik yang sering anda lihat di layar televisi biasanya adalah orang yang kalau marah tetap tenang, langsung ke pokok permsalahan, tidak bermaksud menyakiti orang lain dan selalu mengusahakan jalan terbaik. Pasti anda ingin dipandang orang sebagai orang yang baik. Kalau ingin jadi penjahat, ya terserah anda.

♥Cuek Dan Melupakan Masalah Yang Ada
Ketika rasa marah menyelimuti diri dan kita sadar sedang diliputi amarah maka bersikaplah masa bodoh dengan kemarahan anda. Ubah rasa marah menjadi sesuatu yang tidak penting. Misalnya dalam hati berkata : ya ampun.... sama yang kayak begini aja kok bisa marah, nggak penting banget sich...

♥Berpikir Rasional Sebelum Bertindak
Sebelum marah kepada orang lain cobalah anda memikirkan dulu apakah dengan masalah tersebut anda layak marah pada suatu tingkat kemarahan. Terkadang ada orang yang karena diliatin sama orang lain jadi marah dan langsung menegur dengan kasar mengajak ribut / berantem. Masalah sepele jangan dibesar-besarkan dan masalah yang besar jangan disepelekan.

♥Diversifikasi Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak hal yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan angan hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal sepele tidak akan menjadi penting karena anda terlalu sibuk dengan rajutan benang masa depan anda. Mengikuti nafsu marah berarti membuang-buang waktu anda yang berharga.

♥Kendalikan Emosi Dan Jangan Mau Diperbudak Amarah
Orang yang mudah marah dan cukup membuat orang di sekitarnya tidak nyaman sudah barang tentu sangat tidak baik. Kehidupan sosial orang tersebut akan buruk. Ikrarkan dalam diri untuk tidak mudah marah. Santai saja dan cuek terhadap sesuatu yang tidak penting. Tujuan hidup anda adalah yang paling penting. Anggap kemarahan yang tidak terkendali adalah musuh besar anda dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.

Tuesday 5 April 2011

panduan Untuk pilih kawan2

-Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segera mengusahakannya.
-Jika kamu merangcangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangannya.
-Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.
-Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.
-Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
-Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.
-Jika temanmu memdapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengigati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.
-Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.
-Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Sindrom Asperger

Sindrom Asperger atau Gangguan Asperger (SA) merupakan suatu gejala kelainan perkembangan syaraf otak yang namanya diambil dari seorang dokter berkebangsaan Austria, Hans Asperger, yang pada tahun 1944 menerbitkan sebuah makalah yang menjelaskan mengenai pola perilaku dari beberapa anak laki-laki memiliki tingkat intelegensi dan perkembangan bahasa yang normal, namun juga memperlihatkan perilaku yang mirip autisme, serta mengalami kekurangan dalam hubungan sosial dan kecakapan komunikasi. Walaupun makalahnya itu telah dipublikasikan sejak tahun 1940-an, namun Sindrom Asperger baru dimasukkan ke dalam katergori DSM IV pada tahun 1994 dan baru beberapa tahun terakhir Sindrom Asperger tersebut dikenal oleh para ahli dan orang tua.....masalah yang dihadapi oleh Adam dalam Movie Adam..

Sunday 3 April 2011

FADHILAT MEMBCA BISMILLAH 21 KALI SEBELUM TIDUR

1.Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut mendadak.
2.Dia akan dihindari dari meninggal bahaya tenggelam.
3.Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4.Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan

rahsia tarikh lahir

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24:Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30:Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29:Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13:Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17:Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27:Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31:Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23:Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21:Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19:Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26:Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara- perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25:Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Hormati Azan

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya ...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..amin.. amin Yarobbala'lamien.."