Wednesday 18 January 2012

PENGAJARAN DARIPADA BOLA SEPAK

GOL! gol! gol! tahniah kepada pasukan negeri Terengganu negeri kelahiranku yang merangkul piala FA, baru-baru ini. Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang sebenarnya tidak kalah cuma tidak menjadi juara saja.
Yang menang tidak semestinya jadi juara. Permainan yang dipamerkan hebat hingga ke minit terakhir sehingga pada mulanya ada penonton yang sudah keluar stadium, namun masuk semula. 
Lebih 85,000 hadir ke stadium bagi memberi sokongan termasuk pembesar negeri. Penulis pada malam itu ada usrah penting, rasa ralat juga sebab sudah lama tidak menonton pasukan negeri sendiri bermain. 

Malam itu usrah siap lambat, apabila sampai ke rumah jam 11 malam, permainan sebenar baru bermula. Permainan bola sepak ini terkenal di seluruh dunia.

Semua orang suka hingga menjadi kegilaan dan sumber kekayaan. Main-main juga dan menang-menang juga, jangan lupa belajar dan motivasikan diri di sebalik permainan itu.

Ada banyak sangat pelajaran yang boleh dikutip daripada sukan ini antaranya: 

Semua orang hendak kejar gol, bermati-matian pemain, jurulatih, pengurus pasukan apa lagi penyokong, melonjak-lonjak bertempik beri sokongan. 

Apabila dapat gol, tak �terkira suka hingga habis suara. �Sebenarnya gol adalah �matlamat dan semangat mengejar matlamat perlu disemangatkan. 

Kita akan menjadi seronok apabila jelas dengan matlamat kita. Matlamat sebenarnya adalah hendak jadi hamba Allah dan apabila jadi hamba Allah, baru layak bergelar khalifah Allah. 

Hendak laksanakan perintah Allah mesti dapat sokongan. Kalau pasukan bola ramai yang menyokong, maka pasukan agama yang nak melaksanakan agama kenapa tidak ramai pula yang menyokong? Program masjid dan surau lengang dan sunyi. 

Main bola kena bijak atur strategi sebab itu pasukan sanggup berbelanja besar mencari jurulatih yang pintar mengatur langkah dan taktik. Apabila menang, jurulatih dulu yang dipuji dan apabila kalah teruk, si jurulatih yang dulu letak jawatan. 

Nak capai satu matlamat dalam hidup, pernahkah kita merancang dengan teliti atau main sebat sahaja. Pernahkah buat kajian terlebih dahulu atau main tangkap muat sahaja? 

Itu yang orang kata kalau kita merancang, sebenarnya kita sedang merancang kegagalan. Saidina Ali menyebut kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan. 

Banyak hidup kita gagal mencapai matlamat sebab lalai merancang, pelajar gagal, rumah tangga berantakan, pekerja tak mampu capai matlamat organisasi. 

Kadang-kadang perancangan sudah elok tapi kita pula yang tak berdisiplin mengikut perancangan itu. Perang Badar sebagai contoh, Nabi mempunyai perancangan hebat tapi ada sahabat yang langgar arahan perancangan yang akhirnya menemui kegagalan. 

Hantar bola sebenar samalah dengan bagi tugas. Hendak bagi bola itu kena tengok orang juga di mana kedudukannya. Hantaran biarlah tepat, jangan pula sampai tidak sampai. 

Ada yang hantar bola tapi tak dapat kerana sepak tak sampai, ada yang bagi tugas tetapi tak sempurna, maklumat tak penuh, latihan tak ada, latihan tak cukup, itu sebab tak menjadi kerja. 

Harapan kita terlalu tinggi sedangkan yang nak jalankan tugas tak tinggi keinginannya. Maka terlepaslah peluang kalau hantaran tak sampai. 

Pemain mestilah kejar sikit dan berusaha lebih untuk dapatkan bola itu. Kalau tugas yang diberikan tak berapa, pekerja kena usaha lebih sikit dapatkan maklumat atau tanyalah orang yang lebih tahu supaya dengan ilmu itu dapat membantu.

Main bola sebenarnya adalah acara berpasukan, tak boleh main sendirian. Kalau kalah bersama tanggung sedih dan kalau menang dikecapi bersama dan menang secara berpasukan bukan pemain tertentu sahaja. 

Semangat kerja berpasukan membuatkan yang berat sama di pikul manakala yang ringan sama dijinjing. Belajarlah jangan menyalah, memang teman dan rakan kita pernah buat salah, tapi jangan lupa dia juga pernah banyak kali buat yang betul, hidup jangan nak makan seorang saja. 

Belajarlah berkongsi. Jangan saling mendengki nanti akan makan diri. Yang menjaringkan gol sebenarnya tak boleh bangga sangat sebab ramai lagi pemain di bawah yang sangat berjasa mengumpan dan mengumpan ke atas. 

Kalau tak ada yang mengumpan, macam mana nak ada peluang? Sebenarnya kita banyak mengumpan dan memberi peluang kepada rakan dan sesama kita. 

Membantulah jangan membuntu. Banyak projek tidak jalan sebab ramai yang tidak mengumpan. Buat masjid atau surau lambat saja siap, kenapa? 

Sebab tak ada yang mengumpan derma, umpan pun sikit sahaja, banyak harapkan orang lain membantu. Orang kafir kalau nak bina gereja sekejap sahaja siap sebab banyak sangat yang nak umpan. 

Main bola ajar kita supaya jangan dengki. Kenapa hendak dengki-mendengki? Dia yang jaring gol, bila menang sama-sama julang piala. 

Masing-masing di posisi masing-masing laksanakanlah tugas dengan baik. 

Kalau ada yang pemain di bawah dengki pada pemain di atas penyerang sebab dia saja yang berpeluang buat gol. Dek kerana dengki tak boleh buat gol, akhirnya rembat gol sendiri. 

Alamat nak kalahlah tu. Ramai orang Islam yang rembat agamanya sendiri, buat dosa, rasuah, cerai berai, bunuh, rempit, buang anak dan sebagainya yang semua ini merosakkan imej Islam. 

Islam yang indah ini jadi comot, selekeh dan buruk, tak menarik bukan Islam untuk menikmati keindahannya. Banyak sebenarnya pelajaran daripada permainan bola sepak ini.

PERKARA YG TIDAK BOLEH DIUBAH

Jenis kelamin dan jantina 
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 
Orang tua 
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 


Hari kelahiran 

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me�nyesalinya. 


Bentuk Fizikal 

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se�adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi. 


Masa lalu 

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. 

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan. 


Kedudukan dalam keluarga 

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya. 


Suku bangsa 

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita. 



Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya: 
  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. 

    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama. 


  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. 

    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. 


  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. 

    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. 


  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de�ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. 

    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 

    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. 


  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. 

    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. 
  • Wednesday 11 January 2012

    Selepas mencorak warna cinta
    Jagalah keindahan warna itu agar tidak akan luntur
    Biarpun dibawah keperitan mentari
    Biarpun sering dihujani
    Tapi cinta tetap indah tanpa rasa tercalar...♥